Hasan Basri ra berkata: "Andaikan tidak ada para wali maka akan sirna bumi serta isinya. Seandainya tidak ada orang-orang soleh nescaya celakalah orang-orang buruk. Seandainya tidak ada ulama', maka semua manusia menjadi seperti binatang. Seandainya tidak ada pemerintah, maka satu sama lain akan saling musnah-memusnahkan. Seandainya tidak ada orang-orang dungu maka dunia rosak, seandainya tidak ada angin maka akan busuklah segala sesuatu."


Yahya bin Muadz ra berkata: "Merupakan gurur (suatu penipuan terhadap diri sendiri) terbesar menururtku adalah: Terus-menerus dalam berbuat dosa serta mengharap ampunan tanpa menyesalinya (dosa tersebut), berharap dekat kepada Allah tanpa berbuat ketaatan, menunggu tanaman syurga dengan benih neraka, mencari negeri orang-orang yang taat dengan maksiat, menunggu balasan tanpa amal, berangan-angan kepada Allah disertai berlebih-lebihan."


Seorang Sufi ditanya: Apakah seorang hamba mengetahui jika bertaubat bahwa taubatnya diterima atau ditolak? Sufi tersebut menjawab: "Aku tidak dapat memastikannya. Namun ada tanda-tandanya: 1. Dia melihat dirinya tidak ma'sum (terpelihara) dari maksiat, 2. Melihat ada dominasi kegembiraan di hatinya tetapi kesedihan lebih banyak hadir, 3. mendekati orang-orang baik dan menjauhi kelompok buruk, 4. merasa banyak dunia yang sedikit (bersifat qanaah dan bersyukur kepadaNya) 5. merasa sedikit amal akhirat yang banyak dilakukan (mengakui kelemahan diri dalam kehambaan kepadaNya) 6. melihat hatinya selalu sibuk dengan hal-hal yang dijamin Allah dan melepaskan perhatian dari hal yang tidak dijamin (qanaah, redha dan tawakkal kepadaNya), kemudian ia menjaga lisan, senantiasa berfikir dan selalu merasa kurang puas hati dengan diri sendiri dan sentiasa sedih (dalam menagisi kelemahan diri).

Jom sertai forum remaja di sini!

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi,angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

dari Tentang Cinta

Jom sertai forum remaja di sini!


Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Diet Sihat. Keterangan lanjut, sila klik sini.